Monday, July 18, 2011

Cintai Sungai Kita


Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam satu Malaysia.

Bertemu kita sekali lagi di dalam ruangan  yang penuh maklumat ini. Bersama – sama  kita menimba pengalaman dan berkongsi maklumat serta  menuntut ilmu melalui salah satu lagi  program yang di sertai oleh  kakitangan Pejabat Hutan Daerah Kuantan baru – baru ini. Mengungkap kata – kata  Penolong Pegawai Hutan Daerah Kuantan , Encik Wan Radzi bin Wan Abdullah  ‘ Ini merupakan sebahagian dari salah satu fungsi Jabatan Perhutanan kepada Masyarakat setempat seperti penduduk kampung dan pelajar sekolah. Kemudahan dan kepakaran yang kita ada  dapat  kita kongsi dan boleh membantu Jabatan  dan Agensi kerajaan yang lain dalam menjayakan sesuatu Program seperti ini ’.
                                                          
                                                                    
Pada tarikh 9 Julai 2011 ( sabtu ) Pertandingan berkayak   menyusuri Sungai Rimau ke Sungai Kuala Kenau sempena Program Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Paya Besar telah diadakan dan Pihak Jabatan Perhutanan (Pejabat Hutan Daerah Kuantan dan Bahagian Pembangunan Negeri) telah memberikan kerjasama yang sebaiknya mengikut apa yang telah dirancangkan.
 








Taklimat telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar,
 Datuk Abdul Manan Ismail.



Peserta khusyuk mendengar taklimat yang diberikan
Datuk tengah bagi taklimat tu....dengarlaaaa...

















Sebelum acara bermula sempat possing


    


Peserta dilepaskan oleh
Datuk Suhaimi bin Mohd Shah,
ADUN Sg. Lembing

Kita juga telah menghantar  4 orang peserta dari pasukan unit Pembangunan  PHDK ( Encik Haire Ezwan bin Adenan, Encik Wan Firdaus bin Wan Abdullah, Encik Rashidi bin Rashid dan Encik Abdullah Sani bin Abu Kassim ) Akhirnya , dengan kerjasama dan strategi yang berkesan , dengan berat sampah yang berjaya di pungut seberat 164 kg , Kita telah berjaya menjuarai program ini  dengan bangganya. Syabas dan tahniah kepada peserta kerana menjadi juara walaupun berbagai halangan dan badai yang menimpa.



Saksikan aksi – aksi sepanjang Program ini melalui paparan yang di sediakan.

Pemandangan dari atas jambatan gantung


Sahabat lame....











Tayar...antara sampah yang berjaya dipungut...










Sampah lain pun banyak juga...




 Walaupun dalam perlumbaan...ape yang penting, KERJASAMA.....










Detik-detik mencapai kejayaan..........

Alhamdulillah..... sampai juga akhirnya....





Urusetia pertandingan  mengumpul jaket keselamatan 











Akhirnya.... Juara milik kita...


 Kejayaan menjuarai pertandingan dan.....
melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sempurna sudah cukup bagi kami...
Bukan hadiah yang kami cari...
tetapi segala penat lelah yang kami curahkan dan kesungguhan dalam menjalankan tugas,
kepuasan diri dan akhirnya....
kesempurnaan kerja....itulah matlamat kami dalam membantu PHDK mencipta kejayaan dan mencapai objektif Jabatan.





Bersama Datuk Abdul Manan Ismail dan Datuk Suhaimi bin Mohd Shah sebelum berangkat pulang.

Akhir kata, Terima kasih kepada Pihak Penganjur di atas kerjasama yang diberikan.Terima kasih daun keladi.
Jumpa lagi …………..

Tualang












No comments:

Post a Comment