Wednesday, April 20, 2011

Majlis Perasmian 5S PHDK

Alhamdulillah...Semalam tanggal 20 April 2011 bersamaan 16 Jamadil Awal 1432H maka rasmilah pejabat ini mengamalkan Amalan 5S. Memang agak terlewat (namun tidak terlambat) daripada jabatan-jabatan yang lain yang sudah pun memiliki Sijil Pengiktirafan 5S, namun sekurang-kurangnya kami berusaha untuk menyahut seruan dan saranan Kerajaan dan menunjukkan komitmen pejabat ini kepada Kerajaan Negeri. Tetapi kami amat berbangga kerana pejabat kami adalah yang pertama merasmikan Amalan 5S di kalangan Pejabat Hutan Daerah lain di Negeri Pahang.
Insya Allah kami warga PHDK akan berusaha segigihnya selepas ini untuk mendapatkan Sijil Pengiktirafan Amalan 5S sebelum menjelang 2012.

Antara gambar semasa acara perasmian. Banyak lg gambar akan menyusul dalan entry seterusnya.
Kita imbas dahulu bagaimana bermulanya 5S di pejabat ini..

Sejarah Pelaksanaan 5S di PHDK

Program 5S PHDK telah dimulakan dengan penubuhan Jawatankuasa 5S PHDK pada 29 Oktober 2010. Sebagai permulaan, sebanyak 5 zon dimana ia mewakili unit telah dipilih untuk melaksanakannya. Unit tersebut ialah Unit Kewangan, Unit Perkhidmatan, Unit Lesen, Unit Kilang dan juga Unit Bangunan/Persekitaran dan Keselamatan dimana unit ini khas untuk mengindahkan lagi persekitaran pejabat dan meningkatkan kualiti keselamatan. Seramai 11 orang dilantik sebagai pemandu jawatankuasa pelaksanaan program 5S dimana secara keseluruhan seramai 32 anggota dalam organisasi 5S di PHDK termasuk wakil dari Unit Pembangunan dan Unit Penguatkuasa Timur untuk memantapkan lagi organisasi 5S PHDK ini. Tujuan utama program 5S PHDK adalah untuk menyokong Sistem Pengurusan Kualiti PHDK sepertimana saranan Kerajaan dan menunjukkan komitmen Jabatan kepada Kerajaan Negeri.
Setelah enam bulan Jawatankuasa Organisasi 5S PHDK diwujudkan, pelbagai pembaharuan dan perubahan ketara dilakukan di pejabat ini hasil dari kerjasama semua ahli-ahli organisasi dan perbincangan ahli jawatankuasa. Target pejabat PHDK ialah mendapatkan sijil pengiktirafan 5S dari badan terlantik sebelum menjelang 2012.
Juga kerjasama yang amat menggalakkan dari Unit Pembangunan PHDK yang sama-sama membantu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti 5S termasuk membina beberapa binaan iaitu wakaf untuk berteduh, taman mini herba dan bangsal orkid. Pembinaan ini dapat mengindahkan lagi persekitaran pejabat dan secara tidak langsung kakitangan pejabat ini amat bangga dengan pejabat sendiri.
Hari ini, 20 April 2011 maka rasmilah pejabat ini dalam mengamalkan Amalan 5S. Semoga kerjasama yang lebih erat dapat diberikan daripada semua ahlijawatankuasa dan kakitangan demi merealisasikan impian untuk mencapai pensijilan 5S PHDK.

No comments:

Post a Comment