Wednesday, January 5, 2011

Apa Itu 5S??

Terlupa pula nak beri penerangan Apa Itu 5S..
Seperti sedia maklum 5S Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa
maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi
5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya.
Walaupun ringkas,manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik.
Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan
kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal,
menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Buat masa ini sudah banyak pejabat-pejabat kerajaan yg mendapat pengiktirafan 5S dari pihak Audit. Ini menambahkan lagi semangat kami untuk mencapai kejayaan seperti pejabat lain.
Kalau pejabat lain boleh lakukan kenapa kami tidak??



No comments:

Post a Comment

Post a Comment