Monday, February 14, 2011

Projek Unit Pembangunan

Salam hormat, bertemu kembali kita pd kali ini di n3 yg seterusnya. Pastinya berkaitan aktiviti-aktiviti yg dilakukan oleh kakitangan PHDK sendiri. Kali ini n3 yg memaparkan projek terbaru yg dihasilkan oleh Unit Pembangunan PHDK dibawah pimpinan Renjer Iskandar yang sememangnya amat kreative dan penuh komitmen.Dan projek ini dibawah seliaan RH Jalaluddin dan dibantu oleh ahli unit yang lain.
Projek yang hampir siap dibina ini ialah sebuah bangsal orkid yang dikhaskan untuk menempatkan pokok bunga orkid dan satu binaan mini khas utk tanaman pokok herba. Cadangan awal, binaan ini akan turut dirasmikan oleh Tuan DFO semasa acara perasmian 5S nanti.

Inilah binaan mini untuk pameran pokok herba. Memang kreative dan menarik ntuk dikunjungi. Selain memberi info yang berguna kepada pengunjung. Hasil dari kesungguhan, binaan ini hanya mengambil masa 2 hari untuk siap.

Yang ini pula bangsal orkid yang bakal menempatkan pelbagai jenis orkid.
Juga dibina oleh Unit Pembangunan PHDK. 

Aktiviti menanam pokok orkid semasa gotong royong

SYABAS!! dan teruskan usaha kalian

* Paparan gambar hanya bersaiz kecil oleh kerana projek2 ini belum siap sepenuhnya. Sila klik di gambar tersebut untuk paparan yang lebih besar. TQ

Sunday, February 13, 2011

Penyertaan Logo di dlm Pertandingan Mencipta Logo 5S PHDK

Meriah dengan warna-warni logo ni..Tahniah kepada peserta2 yg meyertai pertandingan ini. Dan adat pertandingan mesti ade yg menang, ade yg kalah..tp yg kalah itu bukan beerti tidak cantik dan menepati, ttp oleh kerana pertandingan ini hanya memerlukan satu pemenang sahaja maka yang lebih tepat lah menjadi pilihan para juri.
Apa pun penyertaan mereka amat2 dihargai.



Antara logo yang menyertai pertandingan ini.

Wednesday, January 26, 2011

Pertandingan Mencipta Logo 5S PHDK

Baru nak cipta Logo??? yup...disebabkan terdapat salah faham, maka kami perlu mencipta sendiri logo untuk 5S yg mempunyai ciri2 dan motto tersendiri.
Hasil dr perbincangan bersama, AJK Promosi telah menganjurkan pertandingan mencipta Logo 5S PHDK dan terbuka kepada semua zon. Namum penglibatan dari Renjer Hutan dan Unit Pembangunan juga digalakkan. Dalam tempoh seminggu iaitu pada 7 Januari adalah tarikh tutup pertandingan, banyak penyertaan diperolehi. Sudah tentunya ia sesuatu yang menggembirakan dan menunjukkan minat untuk sama-sama bersaing dengan sihat.

En. Ismail dan En. Wan sdng menilai logo pilihan dikalbunya. Oleh kerana penyertaan amat menggalakkan dan sama2 hebat, maka penilai2 ini mengambil masa untuk memikir...Yg pastinya kene sesuai dengan tema dan ada unsur2 perhutanan..
Setelah hampir sejam, akhirnya...satu pemilihan telah dibuat berdasarkan kesesuaian dan menarik..
Nak tahu siapa pemenangnyer??
Zon yang diketuai oleh En. Syafiq dari Unit Kewangan..Pejabat mengucapkan TAHNIAH!!! dan SYABAS!!!. Teruskan usaha ...
N3 seterusnya akan diupload logo2 yg masuk bertanding, just utk kenang-kenangan spy tidak luput dek zaman.

Monday, January 24, 2011

Gotong Royong 5S- Sisih

Aktiviti gotong royong telah pun selesai dijalankan pada 8 Januari lepas..Namun menurut feedback yg diterima banyak lg yg tak tersisih, maka akan diadakan lagi gotong royong di masa yg akan ditetapkan nanti..
Terima Kaseh pada rakan-rakan seperjuangan yg hadir dan memberi kerjasama dlm memastikan aktiviti sisih dpt dijalankan dengan lancar.







Beberapa gambar sekitar aktiviti gotong royong. Kita jumpe lagi nanti..

Wednesday, January 5, 2011

Apa Itu 5S??

Terlupa pula nak beri penerangan Apa Itu 5S..
Seperti sedia maklum 5S Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa
maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi
5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya.
Walaupun ringkas,manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik.
Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan
kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal,
menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Buat masa ini sudah banyak pejabat-pejabat kerajaan yg mendapat pengiktirafan 5S dari pihak Audit. Ini menambahkan lagi semangat kami untuk mencapai kejayaan seperti pejabat lain.
Kalau pejabat lain boleh lakukan kenapa kami tidak??



Gambar Sudut Induk 5S

Sedia yer En. Anuar...control macho tu!!

Hari nie oleh kerana semua staff pakai baju korporat, maka proses mengambil gambar utk tujuan Sudut Induk 5S dijalankan. Macam-macam ragam ade, maklumlah yg tukang tangkap gambar pun kawan sendiri. Apepun terima kaseh pd semua krn memberi kerjasama sepenuhnya dan berjalan lancar.
Pada staff yang belum lg ambil gambar sila mbil perhatian rabu depan.
Lepas nie edit gambar akan dilakukan secepat mungkin. Sape rase nak touch-up muke buat super impose jd Tom Cruise sila jumpe puan fasilitator..

Tuesday, January 4, 2011

Bermulanya Sesuatu..

Alhamdulillah...terbina juga blog ini sebagai wadah penyebaran amalan 5S di pejabat ini.
Kami masih lg mentah dan baru berjinak-jinak untuk melaksanakan 5S, namun demi menunjukkan komitmen dan seruan kerajaan, maka kami akan cube melaksanakan sebaik mungkin.
Semoga semua ahli di dalam Organisai 5S PHDK dapat melaksanakan amalan 5S ini dengan sebaik dan seikhlasnya demi kebaikan bersama.


 Ini adalah big boss kami, En Ismail bin Talib yang banyak memberi sokongan kepada kami. 



Ini pula pejabat kami, tmpat kami berkampung dari jam 8pg hingga 5ptg hari Isnin hingga Jumaat.
Ade iras2 pej PM kat Putrajaya tak??? 

Ikuti perkembangan kami dalam semua aktiviti2 untuk menjayakan 5S. Target kami akan memperolehi Sijil 5S dan pengiktirafan daripada Audit MPC menjelang pertengahan 2011...InsyaAllah...