Tuesday, April 19, 2011
Logo 5S PHDK
Inilah logo rasmi Amalan 5S kami hasil ciptaan Zon Teratai sekaligus zon tersebut memenangi hadiah berupa wang tunai dalam pertandingan mencipta logo 5S PHDK. Pastinya setiap warna dan bentuk mempunyai maksud tersendiri. Mari sama-sama lihat apa makna disebalik bentuk dan warna logo tersebut.
TEMA : Keceriaan Pemangkin Produktiviti
BENTUK : Bentuk ini diinspirasi dari bentuk pentagon yang berbucu lima dimana ia melambangkan prinsip-prinsip Amalan 5S iaitu SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL.
WARNA : Warna yang terdapat di logo itu merupakan warna yang digunakan oleh zon-zon 5S sebagai warna rasmi dan melambangkan setiap zon mempunyai semangat keceriaan di kalangan ahli.
MERAH : Melambangkan kegigihan dan keberanian di kalangan warga PHDK untuk melaksanakan Amalan 5S
UNGU : Melambangkan kesepaduan dan sikap kerjasama di kalangan warga PHDK dalam merealisasikan hasrat PHDK sebagai Organisasi cemerlang.
HIJAU : Melambangkan suasana ketenangan, keceriaan dan kebersihan persekitaran PHDK
KUNING : Melambangkan kesetiaan dan kepatuhan kepada ketua organisasi dalam melaksanakan Amalan 5S
JINGGA ; Melambangkan keyakinan dan semangat yang membara di kalangan warga PHDK dalam merialisasikan hasrat PHDK untuk menjadi organisasi yang memperolehi taraf 5 bintang.
* Esok, 20 April 2011, berlangsung Acara Perasmian Amalan 5S PHDK yang akan dirasmikan oleh Tuan PHD Kuantan/Pekan/Maran. Semoga yang dirancang dapat berjalan dengan lancarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment