Banyak aktiviti dijalankan pd hari tersebut melalui pembahagian tugas setiap kumpulan.
Oleh itu tidak salah rasenyer kiter abadikan gambar-gambar ini di dalam blog 5S, agar ianya menjadi kenangan dimasa akan datang dan tidak luput diingatan.
Kita jamu mata dahulu dengan gambar ini..meriah kan!!...
Sesi taklimat dimana pembahagian kumpulan dan tugas yg akan diberi. Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Hutan Daerah Kuantan, En. Wan Radhi bin Wan Ahmad.
Pembahagian tugas dan kumpulan yg dipimpin oleh staf PHDK.
Sempat lagi mereka ber-posing tu sblm memulakan tugas..
Ape pun selamat menjalankan tugas dan melepaskan keringat demi berbakti kepada masyarakat.. :)
Bekalan makanan tidak dilupakan, agar perut tidak berkeroncong dan stamina tetap kekal cergas.
Pembahagian peralatan untuk keperluan tugasan.
Antara peralatan yang digunakan untuk menyelesaikan tugasan.
Aktiviti menanam pokok juga dilakukan dimana sebanyak 200 anak pokok berjaya ditanam disepanjang jalan masuk dan sekitar HL.
Staff yang mengendalikan tugas mengecat pondok rehat.
Membaiki tempat persalinan yang sudah uzur. Hasilnya tempat tersebut boleh diguna semula oleh pengunjung.
Tempat membuang sampah bertukar wajah hasil sentuhan kreative pelajar.
Kumpulan yang diberi tugas mengecat tembok parking dan papan tanda arah.
Geng surau..tugasan mengecat pondok surau.
Beg cenderamatan dari PHDK kepada penuntut POLISAS tanda penghargaan dan ingatan.
Sesi penyampaian cenderahati kepada peserta dan bertukar-tukar buah tangan.
Sesi 'SAYONARA' . Pertemuan pastinya ada perpisahan..andai ada rezeki boleh jumpe lagi.
Tiba-tiba nak berpantun pula...
Tiba-tiba nak berpantun pula...
DARI TUNGKAL PERGI SIANTAN
SINGGAH BERLABUH DI KUALA MARAS
SELAMAT TINGGAL HANDAI DAN TOLAN
KITA BERPISAH KARENA TUGAS.
SINGGAH BERLABUH DI KUALA MARAS
SELAMAT TINGGAL HANDAI DAN TOLAN
KITA BERPISAH KARENA TUGAS.
BUNGA KEMBOJA PUTIH BERSERI
PUTIHNYA MELUR DIUJUNG DAHAN
ATAS KERJASAMA DAN BANTUAN YANG DIBERI
PUJI SYUKUR DAN TERIMAKASIH KAMI UCAPKAN.
PUTIHNYA MELUR DIUJUNG DAHAN
ATAS KERJASAMA DAN BANTUAN YANG DIBERI
PUJI SYUKUR DAN TERIMAKASIH KAMI UCAPKAN.
Tiba masanya untuk pulang....
Lain bendang kiter jumpe lagi...
Staff PHDK yang banyak membantu membuat persiapan tempat.
GOOD JOB!!
Antara orang kuat disebalik program gotong royong ini.
En. Wan Radhi (En. pink) bersama Renjer Hutan Pembangunan, Iskandar Zulkarnain.
Tukang tangkap gambar bebas... datang mengusung kamera untuk merakam aksi dan ragam..
No comments:
Post a Comment