Saturday, April 23, 2011

Persiapan Menjelang Perasmian - Taman Mini Zon

2 hr sebelum acaranya Perasmian 5S berlangsung, sempat lagi team PHDK menyiapkan Taman Mini Zon. Memang tidak diduga hasilnya amat menakjubkan. Macam2 idea ahli zon bina taman masing2. Nak lihat hasilnya?? Gambar hasil kerja tangan mereka akan dipaparkan kemudian. Kita lihat dulu gambar2 semasa bergotong royong menyiapkan taman mini.





Friday, April 22, 2011

Gotong Royong Memindah Kabinet Fail

Sebelum kami memaparkan lebih banyak gambar2 semasa perasmian 5S yang dilangsungkan baru2 ini, banyak aktiviti2 yang pejabat ini lakukan sebelum itu untuk memastikan persiapan acara 5S berjalan dengan lancar. Oleh itu, kami paparkan dahulu aktiviti2 tersebut yang tidak berkesempatan dikemaskini di blog ini.

Pada 13 Mac 2011 seawal jam 9 pg Sabtu, beberapa kakitangan PHDK telah berada di pejabat untuk melakukan aktiviti mengalihkan kabinet dan menyusun fail.
Oleh kerana kedudukan kabinet fail di Zon Matahari yang agak terbuka sekarang dan kelihatan agak menyesakkan, maka sepakat suara untuk memindahkan kabinet tersebut ke dalam bilik fail.

Terima kasih diucapkan kepada Unit Pembangunan kerana membantu membuka, mengalih,memasang kembali kabinet dan juga sama-sama menyusun fail.

Dibawah antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa gotong-royong pada hari tersebut. Hasil dari kerjasama kakitangan yang hadir, tugas tersebut dapat disiapkan pada hari yang sama. Kini tugas ahli organisasi Zon Matahari yang akan menyusun dan membuat sistem failing yang sesuai dan berkesan.
Proses membuka dan mengalihkan kabinet ke dalam bilk fail.
Aksi ala2 kanak2 riang...;)..ape pun hasil kerja mereka memang cemerlang.
Kakitangan wanita tidak terkecuali untuk sama2 menjalankan tugas.
Proses mengangkut fail dan menyusun di dalam kabinet.

Wednesday, April 20, 2011

Majlis Perasmian 5S PHDK

Alhamdulillah...Semalam tanggal 20 April 2011 bersamaan 16 Jamadil Awal 1432H maka rasmilah pejabat ini mengamalkan Amalan 5S. Memang agak terlewat (namun tidak terlambat) daripada jabatan-jabatan yang lain yang sudah pun memiliki Sijil Pengiktirafan 5S, namun sekurang-kurangnya kami berusaha untuk menyahut seruan dan saranan Kerajaan dan menunjukkan komitmen pejabat ini kepada Kerajaan Negeri. Tetapi kami amat berbangga kerana pejabat kami adalah yang pertama merasmikan Amalan 5S di kalangan Pejabat Hutan Daerah lain di Negeri Pahang.
Insya Allah kami warga PHDK akan berusaha segigihnya selepas ini untuk mendapatkan Sijil Pengiktirafan Amalan 5S sebelum menjelang 2012.

Antara gambar semasa acara perasmian. Banyak lg gambar akan menyusul dalan entry seterusnya.
Kita imbas dahulu bagaimana bermulanya 5S di pejabat ini..

Sejarah Pelaksanaan 5S di PHDK

Program 5S PHDK telah dimulakan dengan penubuhan Jawatankuasa 5S PHDK pada 29 Oktober 2010. Sebagai permulaan, sebanyak 5 zon dimana ia mewakili unit telah dipilih untuk melaksanakannya. Unit tersebut ialah Unit Kewangan, Unit Perkhidmatan, Unit Lesen, Unit Kilang dan juga Unit Bangunan/Persekitaran dan Keselamatan dimana unit ini khas untuk mengindahkan lagi persekitaran pejabat dan meningkatkan kualiti keselamatan. Seramai 11 orang dilantik sebagai pemandu jawatankuasa pelaksanaan program 5S dimana secara keseluruhan seramai 32 anggota dalam organisasi 5S di PHDK termasuk wakil dari Unit Pembangunan dan Unit Penguatkuasa Timur untuk memantapkan lagi organisasi 5S PHDK ini. Tujuan utama program 5S PHDK adalah untuk menyokong Sistem Pengurusan Kualiti PHDK sepertimana saranan Kerajaan dan menunjukkan komitmen Jabatan kepada Kerajaan Negeri.
Setelah enam bulan Jawatankuasa Organisasi 5S PHDK diwujudkan, pelbagai pembaharuan dan perubahan ketara dilakukan di pejabat ini hasil dari kerjasama semua ahli-ahli organisasi dan perbincangan ahli jawatankuasa. Target pejabat PHDK ialah mendapatkan sijil pengiktirafan 5S dari badan terlantik sebelum menjelang 2012.
Juga kerjasama yang amat menggalakkan dari Unit Pembangunan PHDK yang sama-sama membantu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti 5S termasuk membina beberapa binaan iaitu wakaf untuk berteduh, taman mini herba dan bangsal orkid. Pembinaan ini dapat mengindahkan lagi persekitaran pejabat dan secara tidak langsung kakitangan pejabat ini amat bangga dengan pejabat sendiri.
Hari ini, 20 April 2011 maka rasmilah pejabat ini dalam mengamalkan Amalan 5S. Semoga kerjasama yang lebih erat dapat diberikan daripada semua ahlijawatankuasa dan kakitangan demi merealisasikan impian untuk mencapai pensijilan 5S PHDK.

Tuesday, April 19, 2011

Logo 5S PHDK


Inilah logo rasmi Amalan 5S kami hasil ciptaan Zon Teratai sekaligus zon tersebut memenangi hadiah berupa wang tunai dalam pertandingan mencipta logo 5S PHDK. Pastinya setiap warna dan bentuk mempunyai maksud tersendiri. Mari sama-sama lihat apa makna disebalik bentuk dan warna logo tersebut.

TEMA :   Keceriaan Pemangkin Produktiviti

BENTUK :   Bentuk ini diinspirasi dari bentuk pentagon yang berbucu  lima dimana ia melambangkan prinsip-prinsip Amalan 5S iaitu SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL.

WARNA : Warna yang terdapat di logo itu merupakan warna yang digunakan oleh zon-zon 5S sebagai warna rasmi dan melambangkan setiap zon mempunyai semangat keceriaan di kalangan ahli.

MERAH :   Melambangkan kegigihan dan keberanian di kalangan warga PHDK untuk melaksanakan Amalan 5S

UNGU :   Melambangkan kesepaduan dan sikap kerjasama di kalangan warga PHDK dalam merealisasikan hasrat PHDK sebagai Organisasi cemerlang.

HIJAU :   Melambangkan suasana ketenangan, keceriaan dan kebersihan persekitaran PHDK

KUNING :   Melambangkan kesetiaan dan kepatuhan kepada ketua organisasi dalam melaksanakan Amalan 5S

JINGGA ;   Melambangkan keyakinan dan semangat yang membara di kalangan warga PHDK dalam merialisasikan hasrat PHDK untuk menjadi organisasi yang memperolehi taraf 5 bintang.


* Esok, 20 April 2011, berlangsung Acara Perasmian Amalan 5S PHDK yang akan dirasmikan oleh Tuan PHD Kuantan/Pekan/Maran. Semoga yang dirancang dapat berjalan dengan lancarnya.

Friday, April 1, 2011

Bergotong-royong di Hutan Lipur Berkelah

Pada 27 Mac 2011, terjalinlah ikatan kemesraan antara penduduk Kg. Gelugor dengan penuntut POLISAS dan Pejabat Hutan Daerah Kuantan. Yang pastinya ikatan itu terjalin melalui kerjasama membersihkan dan mengindahkan Hutan Lipur Berkelah yang sememangnyer terkenal dengan keindahan deruan air terjunnya.
Banyak aktiviti dijalankan pd hari tersebut melalui pembahagian tugas setiap kumpulan.
Oleh itu tidak salah rasenyer kiter abadikan gambar-gambar ini di dalam blog 5S, agar ianya menjadi kenangan dimasa akan datang dan tidak luput diingatan.

Kita jamu mata dahulu dengan gambar ini..meriah kan!!...


Sesi taklimat dimana pembahagian kumpulan dan tugas yg akan diberi. Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Hutan Daerah Kuantan, En. Wan Radhi bin Wan Ahmad.


Pembahagian tugas dan  kumpulan yg dipimpin oleh staf PHDK.





Sempat lagi mereka ber-posing tu sblm memulakan tugas..
Ape pun selamat menjalankan tugas dan melepaskan keringat demi berbakti kepada masyarakat.. :)

Bekalan makanan tidak dilupakan, agar perut tidak berkeroncong dan stamina tetap kekal cergas.

Pembahagian peralatan untuk keperluan tugasan.

Antara peralatan yang digunakan untuk menyelesaikan tugasan.

Aktiviti menanam pokok juga dilakukan dimana sebanyak 200 anak  pokok berjaya ditanam disepanjang jalan masuk dan sekitar HL.

Staff yang mengendalikan tugas mengecat pondok rehat.

Membaiki tempat persalinan yang sudah uzur. Hasilnya tempat tersebut boleh diguna semula oleh pengunjung.

Tempat membuang sampah bertukar wajah hasil sentuhan kreative pelajar.


Kumpulan yang diberi tugas mengecat tembok parking dan papan tanda arah.

Geng surau..tugasan mengecat pondok surau.

Beg cenderamatan dari PHDK kepada penuntut POLISAS tanda penghargaan dan ingatan.


Sesi penyampaian cenderahati kepada peserta dan bertukar-tukar buah tangan.

Sesi 'SAYONARA' . Pertemuan pastinya ada perpisahan..andai ada rezeki boleh jumpe lagi.

Tiba-tiba nak berpantun pula...

DARI TUNGKAL PERGI SIANTAN
SINGGAH BERLABUH DI KUALA MARAS
SELAMAT TINGGAL HANDAI DAN TOLAN
KITA BERPISAH KARENA TUGAS.
 
BUNGA KEMBOJA PUTIH BERSERI
PUTIHNYA MELUR DIUJUNG DAHAN
ATAS KERJASAMA DAN BANTUAN YANG DIBERI
PUJI SYUKUR DAN TERIMAKASIH KAMI UCAPKAN.
 

Tiba masanya untuk pulang....
Lain bendang kiter jumpe lagi...


Staff PHDK yang banyak membantu membuat persiapan tempat. 
GOOD JOB!!

Antara orang kuat disebalik program gotong royong ini.

En. Wan Radhi (En. pink) bersama Renjer Hutan Pembangunan, Iskandar Zulkarnain.

Tukang tangkap gambar bebas... datang mengusung kamera untuk merakam aksi dan  ragam..