Telah pun selamat dilangsungkan pada malam 26 September 2011 di Pejabat Pembangunan Kemunting. Walaupun hampir hujung syawal, namun majlis berlangsung dlm suasana yang meriah.
Suasana malam yang diterangi pelita buluh yg diatur bagaikan menyambut
tetamu telah menambahkan lagi seri malam.
Sedikit gambar yang sempat dirakam sepanjang persediaan majlis dan
suasana majlis berlangsung untuk tatapan bersama.
Kehadiran tetamu yang diluar jangkaan membuat kami keluarga PHDK amat-amat terharu.
Kesudian tetamu VIP iaitu Tuan Timbalan dan Tuan PHD juga amat kami hargai.
Hanya hasil masakan dari kerja keras dr kami yg dapat dihidangkan.
Pastinya penglibatan semua kakitangan yang bersusah payah membantu menjayakan majlis ini
diucapkan jutaan terima kasih.
Menu malam indah itu ialah;
Lemang, Ketupat, Nasi Minyak, Gulai Daging Kawah, Sate,
Ayam Goreng, Begedel, Agar2 buah, Buah Tempatan
Banyak lagi gambar-gambar yang dirakam, InsyaAllah akan dipaparkan di lain masa.
Terima KAsih dari Jawatankuasa Pemandu 5S untuk semua. Panjang umur jumpa lagi