Saturday, October 8, 2011

Program Memasak Bubur Lambuk

Hari tersebut dah pun berlalu tetapi gambar yang diabadikan akan menjadi kenangan sampai bila-bila.
hasil dari kerjasama yang erat antara PHN, PHDK dan UPK maka program tersebut dapat dijayakan dan hasilnya 4 belanga bubur lambuk dihasilkan. 
Hampir semua kakitangan dapat menikmati kelazatan bubur lambuk.

Banel yang dipasang - mengalu-alukan kedatangan tetamu


Antara bahan yang akan dicampurkan dalam masakan bubur ialah daun pucuk paku merah, umbut kelapa dan umbut bayas.

Proses mengasingkan daun dr tangkainya.


Proses memasak bubur lambuk

YH Dato' PPN juga tidak ketinggalan untuk sama-sama masak bubur lambuk.

Proses membungkus untuk edaran

Acara penyampaian edaran bubur lambuk oleh YH Dato' PPN

Monday, October 3, 2011

Majlis Pertukaran dan Kenaikan Pangkat Serta Persaraan

Pada 22 Julai 2011, majlis pertukaran, kenaikan pangkat dan persaraan peringkat PHDK di adakan. Seramai 3 kakitangan yang terlibat. Pejabat ini mengucapkan selamat maju jaya dan lebih cemerlang dimasa akan datang.

En. Wan Radzi bin Wan Abdullah - Kenaikan Pangkat G41
Bertukar ke Pusat Latihan Pembangunan, Belimbing
En. Adnan bin Mustafa - Kenaikan Pangkat
Bertukar ke PHD Jerantut
En. Hassan bin Abdullah - Bersara wajib 58thn










Saturday, October 1, 2011

Malam Jasamu Dikenang..

Terlebih dahulu pihak pejabat ini mohon maaf atas kelewatan bersiaran atas sebab sesuatu yang perlu didahulukan.
Pada 19 Jun 2011, bertempat di RestoranNew Horizon, berlansung Majlis Malam Jasamu Dikenang sempena meraikan Persaraan Wajib Tuan PHD En Ismail bin Talib, SMP.
Tahniah pada beliau kerana berjaya menunaikan kewajipan sebagai kakitangan awam sehingga tempoh bersara. Pastinya jasa dan bakti beliau pada pejabat ini tidak dilupakan.
"SELAMAT BERSARA DAN SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN YG LEBIH BERMAKNA BERSAMA KELUARGA"

Dibawah adalah gambar2 disekitar majlis tersebut berlangsung.