Friday, June 24, 2011

SELAMAT BERSARA BOSS!!

Tarikh 17 Jun 2011 adalah hr terakhir berkhidmatnya seorang pegawai berkaliber dalam perkhidmatan awam. Pastinya perkhidmatan beliau selama 444 bulan adalah satu tempoh yang cukup mematangkan beliau sebagai pegawai yang berpengalaman luas dlm bidangnya. Namun apakan daya lumrah manusia, pasti tiba ke destinasinya.
Pejabat ini mengucapkan selamat bersara kepada EN ISMAIL BIN TALIB, SMP dan semoga beliau menjalani hidup dlm dunia persaraan dengan gembira dan bahagia di samping keluarga tercinta.
Pastinya jasa beliau tidak akan dilupakan.



MINUM PETANG SEMPENA HARI TERAKHIR PERKHIDMATAN EN.ISMAIL.

Puding Diraja sebagai menu pilihan...



Bergambar bersama kakitangan.

TAHNIAH PD EN.WAN.!!!

Alhamdulillah...rezeki En. Wan Radzi bin Wan Abdullah telah tiba...
Beliau telah mendapat tawaran kenaikan pangkat G41..ini bermakna beliau juga akan meninggalkan pentadbiran pejabat ini.
Pastinya pejabat ini kehilangan seorang pemimpin berjiwa rakyat ini..
Sumbangan dan jasa beliau di pejabat ini amat lah banyak dan tidak ternilai utk dibalas, hanya ucapan TERIMA KASIH DAUN KELADI...Semoga terus memperoleh kejayaan di dalam bidang yang beliau ceburi nanti.
Apapun pejabat ini sentiasa mendoakan En.Wan kembali ke pejabat ini sebagai PHDKuantan..mudah2an ada rezekinya nnti..

Detik2 merakam waktu terakhir sebagai Penolong Pegawai Hutan. 

Sekadar dijadikan memori

Wednesday, June 1, 2011

Lagi Gambar Perasmian 5S PHDK

Gambar2 yang dipaparkan ini adalah ehsan dari Jurugambar jabatan, En Rafi.. Pihak AJK 5SHDK memohon maaf atas kelewatan memaparkan gambar keseluruhan acara semasa perasmian 5S baru-baru ini. Ini disebabkan pihak AJK mengambil sedikit masa untuk mengedit gambar.

Apa pun terimalah gambar2 yang sempat dirakam utk dijadikan memori indah.

Acara perasmian dimulakan bacaan Doa oleh Tn Hj Azemi supaya majlis ini diberkati oleh-Nya.


Tuan DFO selaku merasmikan majlis ini menyapaikan ucapan dan amanat kepada semua kakitangan

Antara tetamu yang hadir terdiri dari kakitangan PHD Kuantan dan UPK (T)

Penyampaian sijil perlantikan sebagai Penyelaras dan Fasilitator 5S PHDK oleh Tuan DFO


Penyampaian sijil perlantikan sebagai Ketua Zon dan juga pemenang pencipta logo 5S PHDK (Zon Teratai) oleh Tuan DFO

Penyampaian cenderahati kepada Tuan DFO sebagai kenang-kenangan yang disampaikan oleh Tuan Penyelaras 5S, En. Wan Radzi bin Wan Abdullah

Gimik pelancaran dengan membuka banting pelancaran 5S

Gimik pelancaran ke dua iaitu memotong perkataan SISIH ke dalam mesin penghancur kertas sbg simbol amalan 5S

Sesi bergambar bersama Taun DFO dengan kakitangan 


Acara penanaman pokok Karas oleh Tuan DFO sempena pelancaran 5S PHDK




Lawatan ke Taman Mini Herba


Lawatan ke Pondok Orkid