Monday, February 14, 2011

Projek Unit Pembangunan

Salam hormat, bertemu kembali kita pd kali ini di n3 yg seterusnya. Pastinya berkaitan aktiviti-aktiviti yg dilakukan oleh kakitangan PHDK sendiri. Kali ini n3 yg memaparkan projek terbaru yg dihasilkan oleh Unit Pembangunan PHDK dibawah pimpinan Renjer Iskandar yang sememangnya amat kreative dan penuh komitmen.Dan projek ini dibawah seliaan RH Jalaluddin dan dibantu oleh ahli unit yang lain.
Projek yang hampir siap dibina ini ialah sebuah bangsal orkid yang dikhaskan untuk menempatkan pokok bunga orkid dan satu binaan mini khas utk tanaman pokok herba. Cadangan awal, binaan ini akan turut dirasmikan oleh Tuan DFO semasa acara perasmian 5S nanti.

Inilah binaan mini untuk pameran pokok herba. Memang kreative dan menarik ntuk dikunjungi. Selain memberi info yang berguna kepada pengunjung. Hasil dari kesungguhan, binaan ini hanya mengambil masa 2 hari untuk siap.

Yang ini pula bangsal orkid yang bakal menempatkan pelbagai jenis orkid.
Juga dibina oleh Unit Pembangunan PHDK. 

Aktiviti menanam pokok orkid semasa gotong royong

SYABAS!! dan teruskan usaha kalian

* Paparan gambar hanya bersaiz kecil oleh kerana projek2 ini belum siap sepenuhnya. Sila klik di gambar tersebut untuk paparan yang lebih besar. TQ

Sunday, February 13, 2011

Penyertaan Logo di dlm Pertandingan Mencipta Logo 5S PHDK

Meriah dengan warna-warni logo ni..Tahniah kepada peserta2 yg meyertai pertandingan ini. Dan adat pertandingan mesti ade yg menang, ade yg kalah..tp yg kalah itu bukan beerti tidak cantik dan menepati, ttp oleh kerana pertandingan ini hanya memerlukan satu pemenang sahaja maka yang lebih tepat lah menjadi pilihan para juri.
Apa pun penyertaan mereka amat2 dihargai.



Antara logo yang menyertai pertandingan ini.